November 25, 2010

" berbicara tentang cinta dan pergaulan lelaki-perempuan

Cinta dan perasaan. Dua perkara yang banyak berlaku pada hari ini terutamanya di kalangan pemuda-pemudi. Cinta zaman ini banyak dipengaruhi oleh seumpamanya, dan semua ini di dominasi dan diterajukan oleh BARAT !.


Semakin ramai gadis tertipu dengan perasaan sedemikian rupa dan sesuatu yang merugikan terdapat begitu ramai pemuda yang berdusta. Amat menyedihkan mereka hanya ingin berseronok dengan perasaan cinta. Hati mereka sentiasa berubah2 berjanji setia dengan gadis ini dan esok pula dengan gadis yang lain pula.


Oleh itu kepada gadis dan wanita islam, jangan mudah terpedaya dengan kata2 manis kaum lelaki yang tidak bertanggungjawab. janganlah memasuki alam rumahtangga dengan hanya berbekalkan perasaan sahaja. Banyak lagi perkara yang perlu diambil kira dan semuanya hendaklah berpandukan akal yang sihat. Malah lebih penting dan utama berpandukan kitab Allah dan Rasulnya.


Namun begitu bukanlah bermakna perkahwinan boleh berlangsung secara paksaan. Islam telah menetapkan semua batas dan garis panduan agar tidak menzalimi fitrah kemanusiaan, comtohnya Islam menyuruh lelaki yang bakal berkahwin melihat tunangnya,begitu sebaliknya terhadap wanita.


Namun ini tidaklah bermakna bahawa semua itu memberi ruang kebebasan kepada kaum lelaki dan perempuan untuk membelakangi batasan ataupun melupakan had yang telah ditentukan oleh syarak. Tiada siapa pun yang boleh mendakwa bahawa mereka adalah malaikat yang terpelihara dan tidak perlu dikhuatiri terhadap diri mereka. Kerjasama yang dijalin perlulah sentiasa berada dalam lingkungan batasan yang telah digariskan Islam.



  • Pertama : Kedua-dua belah pihak hendaklah menjaga pandangan. Jangan melihat pada aurat. Jangan memandang dengan penuh nafsu atau memandang yang lama tanpa ada keperluan. Sebagaimana firman Allah dalam Surah An- Nuur ayat 31-32.



  • Kedua : Wanita hendaklah memakai seperti yang digariskan oleh syarak iaitu menutup seluruh anggota kecuali muka dan tapak tangan sahaja. Pakaiannya juga hendaklah tidak nipis dan tidak menampakkan tubuh badan.

  • Ketiga : Memelihara adab sebagai seorang wanita Islam terutamanya ketika berurusan dengan lelaki.
    • Ketika bercakap pastikan ia jauhi daripada segala bentuk yang mengada atau yang memberahikan
    • Ketika berjalan, berjalanlah dengan penuh tertib sepertimana firman Allah '' Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka." An-Nuur:31
    • Ketika melakukan gerakan,elakkan dari melakukan gerakkan yang manja dan seksi, menggoncang-goncangkan badan dan seumpama seperti yang disebut dalam hadis sebagai (al-muamilat-al-mailat). ini merupakan amalan jahiliah.

  • Keempat : Menjauhi dari menggunakan sebarang perkara yang boleh menggoda seseorang serta membangkitkan ghairah nafsu syahwat seperti wangi-wangian dan sebarang solekan yang berwarna-warni yang sepatutnya digunakan dirumah.

  • Kelima : Jauhkan diri daripada duduk bersunyi-sunyian antara lelaki dan perempuan tanpa bersama mahram kerana sesungguhnya pihak yang ketiga tidak lain tidak bukan adalah syaitan.

  • Keenam : Pertemuan hendaklah perkara yang benar-benar sahaja dan yang paling penting, perkara atau urusan yang dibincangkan tidak menjejaskan fitrah kewanitaan atau menyebabkan timbulnya fitnah atau umpatan sehingga menjejaskan kedudukan wanita mulia

writen back: ME...
DR.Yusof Qardawi,
Cahaya 2007

November 22, 2010

Di Manakah Cantiknya Seorang Wanita By Anna Syahirah · Sunday, November 14, 2010

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.
Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.
Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. 
Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.
Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.
Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.
Anda ingin lebih cantik dan menarik?
# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.
# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.
# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."
# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."

November 6, 2010

10 Nasihat Untuk Orang Bercinta by Afiq Shukri on Friday, April 16, 2010 at 9:00pm



Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:


1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.


www.iluvislam.com
Oleh : ibnulatef
Editor : ibnulatef

no title

Assalamualaikum.. no issue to write today.. but what i'm gonna say is nothing.. my mind was so empty today