Semakin ramai gadis tertipu dengan perasaan sedemikian rupa dan sesuatu yang merugikan terdapat begitu ramai pemuda yang berdusta. Amat menyedihkan mereka hanya ingin berseronok dengan perasaan cinta. Hati mereka sentiasa berubah2 berjanji setia dengan gadis ini dan esok pula dengan gadis yang lain pula.
Oleh itu kepada gadis dan wanita islam, jangan mudah terpedaya dengan kata2 manis kaum lelaki yang tidak bertanggungjawab. janganlah memasuki alam rumahtangga dengan hanya berbekalkan perasaan sahaja. Banyak lagi perkara yang perlu diambil kira dan semuanya hendaklah berpandukan akal yang sihat. Malah lebih penting dan utama berpandukan kitab Allah dan Rasulnya.
Namun begitu bukanlah bermakna perkahwinan boleh berlangsung secara paksaan. Islam telah menetapkan semua batas dan garis panduan agar tidak menzalimi fitrah kemanusiaan, comtohnya Islam menyuruh lelaki yang bakal berkahwin melihat tunangnya,begitu sebaliknya terhadap wanita.
Namun ini tidaklah bermakna bahawa semua itu memberi ruang kebebasan kepada kaum lelaki dan perempuan untuk membelakangi batasan ataupun melupakan had yang telah ditentukan oleh syarak. Tiada siapa pun yang boleh mendakwa bahawa mereka adalah malaikat yang terpelihara dan tidak perlu dikhuatiri terhadap diri mereka. Kerjasama yang dijalin perlulah sentiasa berada dalam lingkungan batasan yang telah digariskan Islam.
- Pertama : Kedua-dua belah pihak hendaklah menjaga pandangan. Jangan melihat pada aurat. Jangan memandang dengan penuh nafsu atau memandang yang lama tanpa ada keperluan. Sebagaimana firman Allah dalam Surah An- Nuur ayat 31-32.
- Kedua : Wanita hendaklah memakai seperti yang digariskan oleh syarak iaitu menutup seluruh anggota kecuali muka dan tapak tangan sahaja. Pakaiannya juga hendaklah tidak nipis dan tidak menampakkan tubuh badan.
- Ketiga : Memelihara adab sebagai seorang wanita Islam terutamanya ketika berurusan dengan lelaki.
- Ketika bercakap pastikan ia jauhi daripada segala bentuk yang mengada atau yang memberahikan
- Ketika berjalan, berjalanlah dengan penuh tertib sepertimana firman Allah '' Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka." An-Nuur:31
- Ketika melakukan gerakan,elakkan dari melakukan gerakkan yang manja dan seksi, menggoncang-goncangkan badan dan seumpama seperti yang disebut dalam hadis sebagai (al-muamilat-al-mailat). ini merupakan amalan jahiliah.
- Keempat : Menjauhi dari menggunakan sebarang perkara yang boleh menggoda seseorang serta membangkitkan ghairah nafsu syahwat seperti wangi-wangian dan sebarang solekan yang berwarna-warni yang sepatutnya digunakan dirumah.
- Kelima : Jauhkan diri daripada duduk bersunyi-sunyian antara lelaki dan perempuan tanpa bersama mahram kerana sesungguhnya pihak yang ketiga tidak lain tidak bukan adalah syaitan.
- Keenam : Pertemuan hendaklah perkara yang benar-benar sahaja dan yang paling penting, perkara atau urusan yang dibincangkan tidak menjejaskan fitrah kewanitaan atau menyebabkan timbulnya fitnah atau umpatan sehingga menjejaskan kedudukan wanita mulia
writen back: ME...
DR.Yusof Qardawi,
Cahaya 2007
No comments:
Post a Comment